Visi Dan Misi Syarikat
VISI SYARIKAT

Oli Collection bertekad untuk menjadi syarikat bumiputera yang terulung di dalam pengedaran produk keperluan rumah, aksesori dan makanan halal melalui perniagaan katalog di Malaysia.


MISI SYARIKAT

Pengurusan Oli Collection telah menetapkan misi syarikat sebagai berikut:

1) Menghasil dan mengedar produk tempatan yang berkualiti tinggi dengan nilai terbaik kepada semua pelanggan.

2) Membawa keceriaan kepada pelanggan Oli melalui produk yang bercitarasa tinggi, reka bentuk terkini dan memenuhi kehendak semasa.

3) Menyediakan peluang perniagaan kepada bakal usahawan yang berminat menjadi Usahawan Oli Collection dengan matlamat ” SATU KELUARGA SATU USAHAWAN”.

4) Meningkatkan taraf hidup masyarkat bumiputera melalui aktiviti perniagaan yang ditawarkan dan secara tidak langsung membantu kerajaan di dalam mewujudkan lebih ramai usahawan bumiputera dan peningkatan ekuiti orang Melayu .

5) Menjana ekonomi ummah dengan memberi satu peluang perniagaan yang boleh mengukuh serta meningkatkan struktur ekonomi serta pendapatan umat Islam secara keseluruhan