Tentang Oli Collection SDN. BHD.

OLI COLLECTION SDN BHD merupakan sebuah syarikat milik sepenuhnya Bumiputera yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 pada 7 November 2000 dan mula beroperasi di Muar, Johor sebagai Induk Utama Syarikat. Pilihan nama OLI sebagai jenama produk merupakan gabungan nama En Omar dan En Rosli yang merupakan pengasas bersama.

OLI COLLECTION SDN BHD ditubuh dan diusahakan oleh dua orang usahawan melayu iaitu En Omar Bin Abdullah dan En Rosli Bin Ismail dengan matlamat membuktikan bahawa usahawan melayu juga setanding dan mampu bersaing dengan usahawan-usahawan bukan melayu khususnya di dalam bidang perniagaan katalog serta pembuatan pengeluaran cadar dan langsir yang bermutu tinggi, malah setanding dengan jenama-jenama antarabangsa dan jenama-jenama terkenal yang telah lama bertapak di Malaysia. Berbekalkan semangat yang jitu dan tidak mudah berputus asa dalam kegagalan yang ditempuhi, dua usahawan ini terus bergerak maju dan sentiasa berusaha memperbaiki segala kesilapan dan kelemahan syarikat.

Pada peringkat permulaan, sebahagian besar perbelanjaan operasi adalah daripada pinjaman daripada ahli keluarga untuk syarikat bergerak dengan lebih jauh lagi, tanpa mendapatkan pinjaman atau pembiayaan dari institusi kewangan atau kerajaan, OLI COLLECTION SDN BHD telah mencapai matlamatnya dengan cara tersendiri.

Hasil pendapatan syarikat yang diperolehi dengan menjalankan perniagaan KATALOG telah memberi peluang kepada usahawan-usahawan kecil khususnya bangsa Melayu untuk menambahkan pendapatan sampingan yang berterusan. Pihak syarikat akan terus bekerjasama dengan usahawan bumiputera dan membekalkan kepada mereka dengan produk keluaran syarikat yang terbaru dari masa ke semasa.

Buat masa ini, Oli Collection hanya mengenakan Yuran kemasukkan sebanyak RM20.00 dan usahawan-usahawan yang berminat boleh mendaftarkan nama sebagai Ahli Rangkaian Usahawan OLI COLLECTION SDN BHD. Syarikat akan membekalkan usahawan-usahawan ini dengan Produk Katalog yang disediakan secara percuma.

Dasar Oli Collection pada hari ini adalah untuk BERSAMA-SAMA DENGAN PIHAK KERAJAAN dalam memastikan matlamat kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera tercapai selaras dengan motto “KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN” dan memberikan sumber pendapatan alternatif kepada masyarakat bumiputera agar tidak terlalu bergantung semata-mata kepada ‘MAKAN GAJI’ sahaja.